Powered By Blogger

Sunday, February 7, 2010

MASALAH KOMPUTER

  • Selamat datang ke halaman blogger saya ini. Harapan saya agar anda semua dapat menatap ruangan saya ini dan di sini sudi membantu menyelesaikan apa-apa masalah yang dihadapi terutamanya tentang permasalahan komputer. Saya berharap dengan jawapan saya akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anda. Tahukah anda kenapakah saya meletakkan gambar pemandangan bunga di sebelah saya itu dan bukannya pemandangan komputer? Jawapannya, agar anda dapat melihat kehijauan alam semulajadi disamping dapat merehatkan mata kita ini yang sentiasa sahaja digunakan setiap hari. Sememangnya mereka yang sentiasa berminat dengan internet akan manghabiskan banyak masa sekurang-kurangnya 1 atau 2 jam atau mungkin lebih lagi masa yang diperlukan kerana saya sendiri menghabiskan masa 3 atau 4 jam di dalam melayari internet. Akibatnya tentu mata anda akan sakit dan cara untuk mengatasinya ialah luangkan masa melihat kehijauan alam fauna di sekeliling kita disamping pemakanan yang baik dan sedikit senaman ringan.
  • Topik perbincangan yang ingin saya perbincangkan ialah permasalahan tentang komputer. Kadangkala pengalaman serta minat di dalam bidang komputer akan menjadikan kita lebih mengetahui tentang cara-cara mengatasi masalah komputer.Bagi mereka yang baru di dalam bidang ini tentulah akan terdapat masalah seperti masalah hang,komputer restart tanpa mengetahui apa kesalahannya, cara-cara untuk download cd ke komputer seperti cd game, cara-cara untuk format semula tanpa mengeluarkan belanja juga boleh mengetahui apa yang selalu menyebabkan komputer selalu rosak.
  • Terima kasih diucapkan dari segala lapisan masyarakat atas segala sambutan terhadap laman blogger saya ini.

No comments:

Post a Comment